Kelas 14/8/09 ditangguhkan kerana Pn Hasrinda dikehendaki menghadiri taklimat H1N1 di Putrajaya. Insya-ALLAH kelas akan diadakan bila masa mengizinkan selepas hari raya. Peringatan kepada semua hendaklah menjaga kebersihan diri agar kita dapat mengelakkan daripada jangkitan virus dan kuman. Sama-samalah kita cuba mengurangkan aktiviti di tempat-tempat orang ramai bertumpu kerana ini akan menyumbang kepada keberangkalian yang tinggi untuk terdedah kepada jangkitan H1N1.
Di sini saya sertakan petua yang diterima melalui internet
Bahan-bahannya
1. Air kelapa
2. Buah kurmaCaranya
Rendam buah kurma dengan air kelapa. Biarkan 1-2 jam sebelum minum air kelapa & makan kurma tersebut. Selamat mencuba.
Di sertakan juga presentation influenza A (H1N1) by Dr Chong KN Chin. Fail ini boleh dimuat turun (download) di bahagian 'My Shared Files'.
Akhir sekali, apa pun ikhtiar kita hendaklah meletakkan kembali pergantungan kita kepada ALLAH. DaripadaNya kita datang dan padaNya kita kembali. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan peliharaan ALLAH. Insya-ALLAH.
No comments:
Post a Comment