Belajar Membuat Coklat Secara Mudah



Sebagai makluman kepada pengunjung-pengunjung blog EasyChocs, tempahan kelas coklat boleh dibuat melalui email (easychoc@gmail.com) atau HP (019-5081786).


Kelas Membuat Coklat yang Mudah

Kelas coklat buatan tangan sesuai untuk individu yang ingin membuat coklat mengikut citrasa sendiri, mudah, sedap, murah dan halal. Pembuatannya hanya memerlukan peralatan sedia ada di rumah. Kemahiran yang diperoleh berpotensi membantu anda memulakan perniagaan dari rumah.

APA YANG AKAN DIPELAJARI:

Pelbagai jenis dan formulasi coklat: COUVERTURE, COMPOUND & MASAKAN

Teknik 'tempering' coklat couverture yang mudah untuk dilakukan di rumah TANPA menggunakan mesin atau bilik yang berhawa dingin. Cara membuat inti coklat "ganache" dan mempelbagaikannya.

Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat COUVERTURE (2 jenis coklat berkekacang dan 2 jenis coklat berinti ‘ganache’) dan COMPOUND (coklat marble dan coklat berperisa)

Mendapatkan panduan tentang: Permilihan dan penjagaan acuan coklat; Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap; Menyimpan dan membungkus coklat

JADUAL

Setiap Sabtu (9.30 am - 3.00 pm). Terhad untuk maksima 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan. Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.

KADAR BAYARAN

RM 250 termasuk nota dan bahan-bahan yang digunakan. (Anda akan membawa pulang minimum 50 biji coklat (sila bawa bekas). Bayaran semasa kelas.

LOKASI

186, Jalan Desa Aman S16/8, Taman Desa Aman, 09410 Padang Serai, Kedah.

Pn. Aishah Isnin - Tel: 019-5081786
Map ke rumah saya terdapat dalam Google Maps





Monday, August 17, 2009

Coretan Kelas Coklat ....

Alhamdulillah semua perjalanan kelas coklat berjalan dengan lancar ... sempena menyambut bulan puasa yang akan datang ini, kelas coklat saya akan ditutup buat sementara sebelum dibuka semula sesinya pada Oktober 2009 .... di sini saya sisipkan sedikit coretan-coretan kelas coklat yang sempat saya ambil gambarnya .... kepada pelajar-pelajar yang tak sempat diambil gambar, jangan marah ya .... tak menang tangan dibuatnya ketika kelas, kamera pun kadang-kadang lupa nak bawa .... pelajar-pelajar juga boleh menghantar gambar kepada saya untuk saya upload dalam blog ini bagi tujuan menceritakan kejayaan pelajar-pelajar saya ....

Coretan Kelas Coklat 16/5/09

Kelas coklat 16/5/2009 ini dihadiri oleh Nor Hasliza dan Nor Haslinda yang merupakan adik-beradik. Siapa-siapa daripada Celestica & First Solar di Kulim bolehlah cari mereka untuk tempahan coklat untuk raya ni.

Nor Hasliza dan Nor Haslinda sedang khusyuk membuat coklat

Coretan Kelas Coklat 20/6/09

Kelas hari ni dihadiri oleh dua orang adik-beradik iaitu Zainab dan Aishah Abdul Majid. Kak Nab (Zainab Abdul Majid) hari tu naik bas dari KL utnuk menyertai kelas coklat di Kulim

Zainab dan Aishah Abdul Majid sedang 'packing' coklat-coklat yang mereka hasilkan

Coretan Kelas Coklat 4/7/2009

Kelas coklat hari ni juga dihadiri oleh rakan-rakan dari office iaitu En Mahsol (Sponsor Farah Nini ) & En Mazlah (Sponsor Nur Ezzaty Syahidah).

Peserta muda sedang mendengar penerangan berkenaan coklat & mold


... sedang sibuk 'temper' coklat


En. Mazlan pun menolong sama menyiapkan ganache koko




Bakal usahawan muda dengan produk coklat buatan sendiri - Ezzaty



Coretan Kelas Coklat 31/7/2009

Kelas yang hari ini dihadiri oleh kawan-kawan dari office (AMREC), Pn Norehan & anaknya Nur Nadhira (kiri sekali) dan Pn. Hasmah yang diperhatikan oleh anaknya Nadirah. Saya panggil bakal usahawan muda ni Nadhira kecil & Nadhira besar. Rakan-rakan di AMREC yang nak tempah coklat untuk raya ni bolehlah buat tempahan segera dengan mereka. Saya buat masa ini hanya mengajar kerana saya belum ada pembantu, di rumah semuanya hero, tolong makan saja bolehlah.

Pn Norehan & anaknya Nur Nadhira (kiri sekali) dan Pn. Hasmah yang diperhatikan oleh anaknya Nadirah


Contoh packaging produk coklat


Contoh-contoh coklat yang dihasilkan semasa kelas


Contoh-contoh coklat yang dihasilkan semasa kelas

No comments:

Post a Comment