Belajar Membuat Coklat Secara Mudah



Sebagai makluman kepada pengunjung-pengunjung blog EasyChocs, tempahan kelas coklat boleh dibuat melalui email (easychoc@gmail.com) atau HP (019-5081786).


Kelas Membuat Coklat yang Mudah

Kelas coklat buatan tangan sesuai untuk individu yang ingin membuat coklat mengikut citrasa sendiri, mudah, sedap, murah dan halal. Pembuatannya hanya memerlukan peralatan sedia ada di rumah. Kemahiran yang diperoleh berpotensi membantu anda memulakan perniagaan dari rumah.

APA YANG AKAN DIPELAJARI:

Pelbagai jenis dan formulasi coklat: COUVERTURE, COMPOUND & MASAKAN

Teknik 'tempering' coklat couverture yang mudah untuk dilakukan di rumah TANPA menggunakan mesin atau bilik yang berhawa dingin. Cara membuat inti coklat "ganache" dan mempelbagaikannya.

Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat COUVERTURE (2 jenis coklat berkekacang dan 2 jenis coklat berinti ‘ganache’) dan COMPOUND (coklat marble dan coklat berperisa)

Mendapatkan panduan tentang: Permilihan dan penjagaan acuan coklat; Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap; Menyimpan dan membungkus coklat

JADUAL

Setiap Sabtu (9.30 am - 3.00 pm). Terhad untuk maksima 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan. Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.

KADAR BAYARAN

RM 250 termasuk nota dan bahan-bahan yang digunakan. (Anda akan membawa pulang minimum 50 biji coklat (sila bawa bekas). Bayaran semasa kelas.

LOKASI

186, Jalan Desa Aman S16/8, Taman Desa Aman, 09410 Padang Serai, Kedah.

Pn. Aishah Isnin - Tel: 019-5081786
Map ke rumah saya terdapat dalam Google Maps





Monday, August 10, 2009

Kelas Coklat 9 Ogos 2009

Kelas 8 Ogos 2009 yang lalu telah ditunda ke 9 Ogos 2009. Pelajar-pelajar yang hadir ialah Pn Siti Ai'shah & Pn Fazilah. Berikut disisipkan beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa kelas mereka.

Pn Siti Ai'shah & Pn Fazilah sedang melakukan 'tempering' bagi coklat couverture. "Hati-hati 'temper' coklat, silap teknik nanti coklat lembik" kata cikgu di kelas.


"Macam nie lah cara-cara nak buat coklat, 'pipe' sedikit-sedikit ... jangan comot ya nanti membazir coklat tu", terang cikgu lagi.


Pelajar-pelajar sedang 'packing' coklat-coklat yang mereka hasilkan. Ini adalah proses yang terakhir sebelum balik ke rumah masing-masing.


Inilah hasil coklat-coklat yang dihasilkan oleh Pn Siti Ai'shah & Pn Fazilah. TAHNIAH!

No comments:

Post a Comment