Belajar Membuat Coklat Secara Mudah



Sebagai makluman kepada pengunjung-pengunjung blog EasyChocs, tempahan kelas coklat boleh dibuat melalui email (easychoc@gmail.com) atau HP (019-5081786).


Kelas Membuat Coklat yang Mudah

Kelas coklat buatan tangan sesuai untuk individu yang ingin membuat coklat mengikut citrasa sendiri, mudah, sedap, murah dan halal. Pembuatannya hanya memerlukan peralatan sedia ada di rumah. Kemahiran yang diperoleh berpotensi membantu anda memulakan perniagaan dari rumah.

APA YANG AKAN DIPELAJARI:

Pelbagai jenis dan formulasi coklat: COUVERTURE, COMPOUND & MASAKAN

Teknik 'tempering' coklat couverture yang mudah untuk dilakukan di rumah TANPA menggunakan mesin atau bilik yang berhawa dingin. Cara membuat inti coklat "ganache" dan mempelbagaikannya.

Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat COUVERTURE (2 jenis coklat berkekacang dan 2 jenis coklat berinti ‘ganache’) dan COMPOUND (coklat marble dan coklat berperisa)

Mendapatkan panduan tentang: Permilihan dan penjagaan acuan coklat; Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap; Menyimpan dan membungkus coklat

JADUAL

Setiap Sabtu (9.30 am - 3.00 pm). Terhad untuk maksima 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan. Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.

KADAR BAYARAN

RM 250 termasuk nota dan bahan-bahan yang digunakan. (Anda akan membawa pulang minimum 50 biji coklat (sila bawa bekas). Bayaran semasa kelas.

LOKASI

186, Jalan Desa Aman S16/8, Taman Desa Aman, 09410 Padang Serai, Kedah.

Pn. Aishah Isnin - Tel: 019-5081786
Map ke rumah saya terdapat dalam Google Maps





Monday, August 10, 2009

Ahmad Fauzan Membuat Sendiri Coklat Ulang Tahunnya yang Ke-12

8 Ogos yang lepas, saya dan anak saya iaitu Ahmad Fauzan bersama-sama membuat coklat sebagai persediaan untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-12 nie (14/8/09), kami sediakan coklat-coklat ini sebagai 'gift pack' untuk kawan-kawannya di sekolah ... walaupun tarikhnya jauh lagi, tapi kami cuba siapkan 'gift pack' lebih awal ... bukan apa takut tak sempat nanti ... almaklumlah bila dah banyak kerja dan terlalu penat malas pulak yang empunya badan (^u^) .... bagus jugak dapat membuat coklat bersama-sama dengan anak-anak kita, kami bukan setakat dapat memenuhi ruang masa lapang tapi dapat merapatkan hubungan antara ibu dan anak bersama. Berikut adalah gambar Ahmad Fauzan sedang membuat coklat dan coklat-coklat yang dihasilkan.

Ahmad Fauzan sedang mengisi ganache ke dalam 'piping' beg


"Hati-hati Fauzan" kata mama semasa Ahmad Fauzan memasukkan ganache strawberry ke dalam kelongsong coklat yang sudah dibuat.


Kali ni, Ahmad Fauzan sedang membuat coklat berbentuk ros, "Nak bagi siapa coklat ros tu?".


"Penatnya mama, bila nak habis" keluh hati Ahmad Fauzan semasa membuat 'packaging' coklat-coklat yang dibuatnya.


Akhirnya siap juga coklat saya. Ini adalah coklat nutty yang telah disiapkan oleh Ahmad Fauzan. Coklat ni sedap, ramai yang suka.

No comments:

Post a Comment