Belajar Membuat Coklat Secara Mudah



Sebagai makluman kepada pengunjung-pengunjung blog EasyChocs, tempahan kelas coklat boleh dibuat melalui email (easychoc@gmail.com) atau HP (019-5081786).


Kelas Membuat Coklat yang Mudah

Kelas coklat buatan tangan sesuai untuk individu yang ingin membuat coklat mengikut citrasa sendiri, mudah, sedap, murah dan halal. Pembuatannya hanya memerlukan peralatan sedia ada di rumah. Kemahiran yang diperoleh berpotensi membantu anda memulakan perniagaan dari rumah.

APA YANG AKAN DIPELAJARI:

Pelbagai jenis dan formulasi coklat: COUVERTURE, COMPOUND & MASAKAN

Teknik 'tempering' coklat couverture yang mudah untuk dilakukan di rumah TANPA menggunakan mesin atau bilik yang berhawa dingin. Cara membuat inti coklat "ganache" dan mempelbagaikannya.

Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat COUVERTURE (2 jenis coklat berkekacang dan 2 jenis coklat berinti ‘ganache’) dan COMPOUND (coklat marble dan coklat berperisa)

Mendapatkan panduan tentang: Permilihan dan penjagaan acuan coklat; Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap; Menyimpan dan membungkus coklat

JADUAL

Setiap Sabtu (9.30 am - 3.00 pm). Terhad untuk maksima 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan. Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.

KADAR BAYARAN

RM 250 termasuk nota dan bahan-bahan yang digunakan. (Anda akan membawa pulang minimum 50 biji coklat (sila bawa bekas). Bayaran semasa kelas.

LOKASI

186, Jalan Desa Aman S16/8, Taman Desa Aman, 09410 Padang Serai, Kedah.

Pn. Aishah Isnin - Tel: 019-5081786
Map ke rumah saya terdapat dalam Google Maps





Saturday, August 8, 2009

Cara-cara Membuat LoliChoc

Merancang aktiviti untuk anak-anak di hari minggu? Persoalan yang sering memeningkan kepala ibu-ibu. Biasanya pada hari minggu, anak-anak disajikan dengan pelbagai rancangan tv dari pagi hinggalah ke petang ... kalau asyik mengadap tv saja, tiada apa-apa perkara yang berfaedah boleh dilakukan. Apa kata ibu-ibu menyediakan aktiviti membuat LoliChoc bersama dengan anak-anak di rumah .... seronok kalau kita dapat membuat aktiviti bersama-sama dengan anak-anak kita. Tambahan pula, sebagai ibu bapa, kita boleh membantu anak-anak kita memperkembangkan idea dan kreativiti mereka terhadap perkara yang menjadi kesukaan mereka iaitu "COKLAT" .... kali ini mereka bukan sahaja dapat makan COKLAT tetapi dapat membuat COKLAT SENDIRI .... berikut disediakan satu segman sebagai panduan membuat LoliChoc di rumah. Ibu-ibu boleh cuba membuat LoliChoc ini bersama anak-anak di rumah



Tak tahu bagaimana hendak mendapatkan set atau mold LoliChoc? Ibu-ibu boleh mendapatkannya di LolliCHOC Kit for Kids atau di www.2decoratecakes.com atau ibu-ibu boleh mencipta kreativiti sendiri dalam menghasilkan LoliChoc sendiri. SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment