Belajar Membuat Coklat Secara Mudah



Sebagai makluman kepada pengunjung-pengunjung blog EasyChocs, tempahan kelas coklat boleh dibuat melalui email (easychoc@gmail.com) atau HP (019-5081786).


Kelas Membuat Coklat yang Mudah

Kelas coklat buatan tangan sesuai untuk individu yang ingin membuat coklat mengikut citrasa sendiri, mudah, sedap, murah dan halal. Pembuatannya hanya memerlukan peralatan sedia ada di rumah. Kemahiran yang diperoleh berpotensi membantu anda memulakan perniagaan dari rumah.

APA YANG AKAN DIPELAJARI:

Pelbagai jenis dan formulasi coklat: COUVERTURE, COMPOUND & MASAKAN

Teknik 'tempering' coklat couverture yang mudah untuk dilakukan di rumah TANPA menggunakan mesin atau bilik yang berhawa dingin. Cara membuat inti coklat "ganache" dan mempelbagaikannya.

Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat COUVERTURE (2 jenis coklat berkekacang dan 2 jenis coklat berinti ‘ganache’) dan COMPOUND (coklat marble dan coklat berperisa)

Mendapatkan panduan tentang: Permilihan dan penjagaan acuan coklat; Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap; Menyimpan dan membungkus coklat

JADUAL

Setiap Sabtu (9.30 am - 3.00 pm). Terhad untuk maksima 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan. Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.

KADAR BAYARAN

RM 250 termasuk nota dan bahan-bahan yang digunakan. (Anda akan membawa pulang minimum 50 biji coklat (sila bawa bekas). Bayaran semasa kelas.

LOKASI

186, Jalan Desa Aman S16/8, Taman Desa Aman, 09410 Padang Serai, Kedah.

Pn. Aishah Isnin - Tel: 019-5081786
Map ke rumah saya terdapat dalam Google Maps





Saturday, November 14, 2009

Kelas coklat 31Oktober 2009

Peserta kelas Asyura Ali datang jauh dari Perlis. Walaupun jauh beliau datang juga untuk menimba ilmu. Dia ni bakal usahawan dah mulakan business cupcake. Saya ada link blogspot beliau di bahagian student's link. Kalau orang Utara nak order cupcake bolehlah telefon Asyura. Sikit lagi bolehlah order coklat pula.

Seorang lagi peserta, Norsakina dekat aja setaman di Desa Aman. Beliau ni baru saja tamat pengajian sementara menanti tawaran kerja beliau telah mengisi masa lapang dengan mengikuti kelas coklat. Semuga beliau cepat mendapat pekerjaan, dalam masa yang sama dah boleh promote coklat juga.

Dibawah saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya ambil.


Norsakina sedang memerhati Asyura menimbang madu untuk membuat "ganache"


Kedua2nya sedang membuat chocolate tempering.
Teknik yang penting dalam penyediaan chocolate coveture.


Asyura sedang membuat chocolate shell

Di bawah ini adalah contoh hasil kerja mereka.





No comments:

Post a Comment