Belajar Membuat Coklat Secara Mudah



Sebagai makluman kepada pengunjung-pengunjung blog EasyChocs, tempahan kelas coklat boleh dibuat melalui email (easychoc@gmail.com) atau HP (019-5081786).


Kelas Membuat Coklat yang Mudah

Kelas coklat buatan tangan sesuai untuk individu yang ingin membuat coklat mengikut citrasa sendiri, mudah, sedap, murah dan halal. Pembuatannya hanya memerlukan peralatan sedia ada di rumah. Kemahiran yang diperoleh berpotensi membantu anda memulakan perniagaan dari rumah.

APA YANG AKAN DIPELAJARI:

Pelbagai jenis dan formulasi coklat: COUVERTURE, COMPOUND & MASAKAN

Teknik 'tempering' coklat couverture yang mudah untuk dilakukan di rumah TANPA menggunakan mesin atau bilik yang berhawa dingin. Cara membuat inti coklat "ganache" dan mempelbagaikannya.

Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat COUVERTURE (2 jenis coklat berkekacang dan 2 jenis coklat berinti ‘ganache’) dan COMPOUND (coklat marble dan coklat berperisa)

Mendapatkan panduan tentang: Permilihan dan penjagaan acuan coklat; Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap; Menyimpan dan membungkus coklat

JADUAL

Setiap Sabtu (9.30 am - 3.00 pm). Terhad untuk maksima 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan. Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.

KADAR BAYARAN

RM 250 termasuk nota dan bahan-bahan yang digunakan. (Anda akan membawa pulang minimum 50 biji coklat (sila bawa bekas). Bayaran semasa kelas.

LOKASI

186, Jalan Desa Aman S16/8, Taman Desa Aman, 09410 Padang Serai, Kedah.

Pn. Aishah Isnin - Tel: 019-5081786
Map ke rumah saya terdapat dalam Google Maps





Wednesday, October 21, 2009

Coklat Raya Saya


Masa meninggalkan kita dengan pantasnya, dah habis pun bulan shawal. Saya baru nak tunjukkan antara coklat yang saya sediakan untuk hari raya. Alhamdulillah bila buat coklat weekend cik abang nak tolong. Almaklum masa pun terhad, nak buat masa hari tak kerja, siang hari aja. Malam nak sama2 rebut solat terawih di masjid. Ramadhan datang setahun sekali, peluang ganjaran yang ALLAH beri ni mesti kita rebut juga. Hal2 kehidupan di dunia kita pulun, bab akhirat lagi nak kena jaga & pulun sebab di akhirat lagi kita nak hidup berkekalan. Ngeri bila muhasabah diri, sikit nya amalan yang ALLAH suruh dapat di laksanakan, itu pun tak sure berkualiti ke tidak. Semuga amalan baik yang telah kita usahakan pada bulan Ramadhan dapat terus di laksanakan dengan istiqamah pada hari2 seterusnya sehingga jumpa lagi Ramadhan tahun hadapan insyaALLAH.


Ok tengok lah gaya cik abang saya sedang membuat coklat tempering, tapi sebenarnya yang paling dia suka tolong adalah semasa mengeluarkan coklat daripada mold.

tengah 'temper' coklat


Mengisi coklat ke dalam mold coklat


Di bawah ni adalah antara coklat raya yang saya buat. Maklumlah tahun ni dah pandai buat coklat, biskut2 semua dah letak tepi.



Ini kegemaran saya, lepas coklat putih di temper masukkan aja apa yg suka. Disini saya masukkan oat, almond cut, kismis & dark chocolate untuk hiasan.



Abang dia nak jaga kesihatan, dia suka yang ada dark chocolate. Saya buat dua lapisan atas dark bawah milk chocolate, bahagian tengah letak badam (bentuk badam) dan kismis (bentuk empat segi)



Crispy chocolate rice ni kegemaran anak2




No comments:

Post a Comment