Belajar Membuat Coklat Secara Mudah



Sebagai makluman kepada pengunjung-pengunjung blog EasyChocs, tempahan kelas coklat boleh dibuat melalui email (easychoc@gmail.com) atau HP (019-5081786).


Kelas Membuat Coklat yang Mudah

Kelas coklat buatan tangan sesuai untuk individu yang ingin membuat coklat mengikut citrasa sendiri, mudah, sedap, murah dan halal. Pembuatannya hanya memerlukan peralatan sedia ada di rumah. Kemahiran yang diperoleh berpotensi membantu anda memulakan perniagaan dari rumah.

APA YANG AKAN DIPELAJARI:

Pelbagai jenis dan formulasi coklat: COUVERTURE, COMPOUND & MASAKAN

Teknik 'tempering' coklat couverture yang mudah untuk dilakukan di rumah TANPA menggunakan mesin atau bilik yang berhawa dingin. Cara membuat inti coklat "ganache" dan mempelbagaikannya.

Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat COUVERTURE (2 jenis coklat berkekacang dan 2 jenis coklat berinti ‘ganache’) dan COMPOUND (coklat marble dan coklat berperisa)

Mendapatkan panduan tentang: Permilihan dan penjagaan acuan coklat; Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap; Menyimpan dan membungkus coklat

JADUAL

Setiap Sabtu (9.30 am - 3.00 pm). Terhad untuk maksima 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan. Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.

KADAR BAYARAN

RM 250 termasuk nota dan bahan-bahan yang digunakan. (Anda akan membawa pulang minimum 50 biji coklat (sila bawa bekas). Bayaran semasa kelas.

LOKASI

186, Jalan Desa Aman S16/8, Taman Desa Aman, 09410 Padang Serai, Kedah.

Pn. Aishah Isnin - Tel: 019-5081786
Map ke rumah saya terdapat dalam Google Maps





Saturday, September 26, 2009

Coklat Pertunangan Cikgu Naimah


Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Selama sebulan berpuasa aktiviti coklat saya agak terhad tapi sebelum balik beraya di kg, saya sempat menyiapkan satu set coklat hantaran untuk pertunangan cikgu Naimah pada 5 Syawal 1430H yang lepas. Cikgu Naimah ialah cikgu yang mengajar anak saya (Fauzan), Fauzan panggil dia "Umi Naimah". Kepada Umi Naimah, kami sekeluarga mengucapkan tahniah sempena pertunangan Umi Naimah dan terima kasih kerana memilih coklat dari EasyChoc.

Dua gambar di bawah ini ialah gambar bagi kotak hantaran Umi Naimah.

Coklat hantaran dalam kotak 48 cavities kombinasi dari milk, dark & white chocolate


close-up pelbagai bentuk coklat yang dihasilkan


coklat bentuk ros no 1 (ganache strawberi), shape square no 2 (ganache koko), shape love no 3 (ganache orange) dan shape spiral no 4 (coklat putih kacang hazel).

Kepada peminat-peminat coklat, tempahan coklat untuk hantaran perkahwinan boleh dibuat dengan menghubungi saya.

No comments:

Post a Comment