Belajar Membuat Coklat Secara Mudah



Sebagai makluman kepada pengunjung-pengunjung blog EasyChocs, tempahan kelas coklat boleh dibuat melalui email (easychoc@gmail.com) atau HP (019-5081786).


Kelas Membuat Coklat yang Mudah

Kelas coklat buatan tangan sesuai untuk individu yang ingin membuat coklat mengikut citrasa sendiri, mudah, sedap, murah dan halal. Pembuatannya hanya memerlukan peralatan sedia ada di rumah. Kemahiran yang diperoleh berpotensi membantu anda memulakan perniagaan dari rumah.

APA YANG AKAN DIPELAJARI:

Pelbagai jenis dan formulasi coklat: COUVERTURE, COMPOUND & MASAKAN

Teknik 'tempering' coklat couverture yang mudah untuk dilakukan di rumah TANPA menggunakan mesin atau bilik yang berhawa dingin. Cara membuat inti coklat "ganache" dan mempelbagaikannya.

Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat COUVERTURE (2 jenis coklat berkekacang dan 2 jenis coklat berinti ‘ganache’) dan COMPOUND (coklat marble dan coklat berperisa)

Mendapatkan panduan tentang: Permilihan dan penjagaan acuan coklat; Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap; Menyimpan dan membungkus coklat

JADUAL

Setiap Sabtu (9.30 am - 3.00 pm). Terhad untuk maksima 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan. Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.

KADAR BAYARAN

RM 250 termasuk nota dan bahan-bahan yang digunakan. (Anda akan membawa pulang minimum 50 biji coklat (sila bawa bekas). Bayaran semasa kelas.

LOKASI

186, Jalan Desa Aman S16/8, Taman Desa Aman, 09410 Padang Serai, Kedah.

Pn. Aishah Isnin - Tel: 019-5081786
Map ke rumah saya terdapat dalam Google Maps





Saturday, October 16, 2010

Semasa kecil boleh kenapa dah dewasa tak boleh?

Assalamu'alaikum pada semua pengunjung,

Dah lama saya tak menghantar posting baru. Ini nak sama kongsi video yang saya jumpa yang dirasakan ramai antara kita berada dalam situasi ini.



Jangan beri alasan. Semuga video yang disertakan ini dapat memberikan sedikit sebanyak suntikan motivasi kepada saya & juga anda untuk terus berjaya dalam semua lapangan kehidupan kita. Tidak kiralah apa yang ingin dikerjakan, apa yang perlu adalah bertindak mempraktikkan ilmu yang kita ada dan berkongsi sesama kita. Sesungguhnya masa tidak menunggu kita, sebaliknya kita yang perlu kejar dan cari masa.

Firman ALLAH dalam surah Al-Asr 1-3,
Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Bersegeralah dan jangan hanya memberi alasan dengan duduk, tunggu dan lihat sahaja. Selagi idea kita itu tidak menyalahi syarak, bersegeralah laksanakan dengan bersungguh2.
LAKSANAKAN IDEA ANDA, JADIKAN IANYA SATU KENYATAAN.
Selamat maju jaya pada semua.

1 comment: