Belajar Membuat Coklat Secara Mudah



Sebagai makluman kepada pengunjung-pengunjung blog EasyChocs, tempahan kelas coklat boleh dibuat melalui email (easychoc@gmail.com) atau HP (019-5081786).


Kelas Membuat Coklat yang Mudah

Kelas coklat buatan tangan sesuai untuk individu yang ingin membuat coklat mengikut citrasa sendiri, mudah, sedap, murah dan halal. Pembuatannya hanya memerlukan peralatan sedia ada di rumah. Kemahiran yang diperoleh berpotensi membantu anda memulakan perniagaan dari rumah.

APA YANG AKAN DIPELAJARI:

Pelbagai jenis dan formulasi coklat: COUVERTURE, COMPOUND & MASAKAN

Teknik 'tempering' coklat couverture yang mudah untuk dilakukan di rumah TANPA menggunakan mesin atau bilik yang berhawa dingin. Cara membuat inti coklat "ganache" dan mempelbagaikannya.

Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat COUVERTURE (2 jenis coklat berkekacang dan 2 jenis coklat berinti ‘ganache’) dan COMPOUND (coklat marble dan coklat berperisa)

Mendapatkan panduan tentang: Permilihan dan penjagaan acuan coklat; Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap; Menyimpan dan membungkus coklat

JADUAL

Setiap Sabtu (9.30 am - 3.00 pm). Terhad untuk maksima 3 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan. Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.

KADAR BAYARAN

RM 250 termasuk nota dan bahan-bahan yang digunakan. (Anda akan membawa pulang minimum 50 biji coklat (sila bawa bekas). Bayaran semasa kelas.

LOKASI

186, Jalan Desa Aman S16/8, Taman Desa Aman, 09410 Padang Serai, Kedah.

Pn. Aishah Isnin - Tel: 019-5081786
Map ke rumah saya terdapat dalam Google Maps





Wednesday, January 11, 2012

Oreo Chocolate Truffles.

Dah lama saya tak update site ni. Hari ni nak share video membuat oreo chocolate truffles.

Tuesday, December 13, 2011

Selamat Tinggal 2011

Tidak beberapa hari lagi 2011 akan meninggalkan kita. Masa begitu pantas sekali berlalu hingga tak terasa bagaikan baharu sahaja kita meninggalkan tahun 2010. Namun sudah tentu banyak perubahan yang berlaku setelah setahun berlalu. Jadi apakah azam untuk tahun 2012 nanti? Kita juga sudah berada di tahun baharu hijrah 1433 dan kita pun sudah membina azam dan InsyaALLAH akan melaksanakannya.Hari ini sudah pasti lebih baik dari semalam dan hari esok agar lebih baik daripada hari ini.

Sunday, January 2, 2011

Selamat tinggal 2010 dan Selamat datang 2011

Salam kepada semua pengunjung,

Masa cepatnya berlalu, 2010 telah meninggalkan kita dan tahun baru 2011 telah tiba. Semuga 2010 telah membawa berbagai kenangan manis dan kejayaan bagi kita semua. Disini saya berkongsi gambar peserta2 terakhir bagi 2010. Mereka bertiga adalah keluarga. Diyana sekarang sedang bercuti, beliau mengikuti penggajian dalam bidang perniagaan di UiTM. Semuga mereka sekeluarga dapat mengusahakan perniagaan coklat di masa hadapan insyaALLAH.


Dari kiri: Norizan Mohamed Shamsudin, Noor Diyana (anak Kak Ain), Noorain Mohamed Shamsudin. Kelas 26 Disember 2010.

Di sini pula saya sertakan gambar peserta2 pertama bagi tahun 2011 yang sedang membuat membuat coklat.

Dari kiri: Norizam, Haidanazli dan Nor Zalina. Kelas 1 Januari 2011.

Tengoklah hasil kerja mereka. Comelkan?



Sebagai peringatan dan motivasi bagi diri saya dan juga pengunjung site ini,
marilah kita sama menjadi seorang muslim soleh lagi muslih iaitu yang baik lagi memberi kebaikan pada orang lain. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w
" Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat ALLAH S.W.T."
Hidup di dunia ini hanya sementara dan akhirat jualah yang kekal. Sama-sama lah kita berusaha menjadikan kehidupan kita ini ibadah kepada ALLAH S.W.T."

Sunday, December 5, 2010

Ice cream durian

Salam semua,

Ari ni nak share resipi ice cream durian. Ice cream durian sekarang dah jadi kegemaran suami saya. Anak2 pula suka perasa strawberry.

Ice cream durian

500gm Whipping Cream
200gm susu pekat manis
200gm isi durian
1/2 sudu teh garam
50gm Classic Dark Couverture Sicao (untuk hiasan)

Cara-caranya:
1)Pukul whipping cream yang sejuk dengan mixer pada kelajuan yang tinggi sehingga 'peak' .
2)Kemudian campurkan whipping cream yang sudah 'peak' dengan susu pekat. Setelah sebati,campurkan isi durian dan kacau rata.
3)Hiaskan dengan coklat mengikut kesukaan

Ice cream strawberry & mango (Resipi asal dari homechoc)

250gm Whipping Cream
150gm susu pekat manis
40gm MEC3 Strawberry dan Manggo (boleh dibeli di homechoc)
50gm Classic Dark Couverture Sicao (untuk hiasan)

Cara-caranya:
1)Pukul whipping cream yang sejuk dengan mixer pada kelajuan yang tinggi sehingga 'peak' .
2)Kemudian campurkan whipping cream yang sudah 'peak' dengan susu pekat. Setelah sebati,campurkan MEC3 Resberry dan kacau rata.
3)Hiaskan dengan coklat mengikut kesukaan


Ice cream durian, strawberry dan mango

Selamat mencuba.

Sunday, November 28, 2010

Walimatul Urus

Salam semua,

Nak share, inilah hasil kerja yang saya & Liz telah sediakan untuk hantaran perkawinan anak buahnya.




Selamat Pengantin Baru kepada Mohamed Ariff & Nor Faizah. Semuga berbahgia dan diberkati ALLAH mahligai yang dibina.